Saturday, August 06, 2011

Tips Cinta Kekal & Bahagia

Assalamualaikum semua!!!

HArini mood nak menulis da dtg...harini nk share sumthing lain pulak dari cerita sy...tetiba dapat idea, yela sebab baru kejap tadi ada terasa hati dengan Mr. E kan....gado2 manja 2 biasala,lelaki manela suke bende2 remeh nih, tp kite perempuan ni sgt la sensitif..

SO, utk nak elakkan perasaan sensitif ni datang & nak terus kekal dlm hubungan sy pon cari la tips2 utk diri sy & sekarang sy nak sharekan utk anda semua!!


"Taman yang indah tidak terjadi di dalam masa 1 hari… bunga-bunga yang mekar juga dibaja, disiram dan dijaga selalu"

Begitu juga perhubungan cinta yang happy je…ianya bukan terus terjadi begitu. Hubungan yang kekal lama, lagilah dipupuk dengan usaha dan kegigihan!

How to do it? Memahami antara satu sama lain dan toleransi….Meanings?

You have to work it out TOGETHER…Mengalah demi sayang, Bersetuju demi cinta…


Mesti ada yg akan cakap " Apa ni, takkan la nak mengalah je kalau ada yang dia buat tak betol???


Anda sure ke yang anda 100% BETUL? Mungkin pada anda betul tetapi tidak kepada sesetengah orang. Mungkin citarasa anda berbeza, pendirian dan cara pemikiran juga berlainan. Contoh mudah :-

  • Anda suka makan sayur, pasangan anda tak suka terus saja anda sound dia“Eh apa ni, tak bagus tau you tak makan sayur, nanti tak berzat dan kulit tak cantik”
  • Anda suka tengok bola, pasangan anda suka tengok drama, “Apa menda la tengok drama ni…apa faedahnya?”
  • Anda berkerja office hours 9 to 5, pasangan anda suka berniaga, “kerja lah bagus dari business, gaji tetap dapat…business belum tentu untung!”
  • Anda suka membaca surat khabar, pasangan anda tak suka, “Asyik baca novel cinta je, bacalah suratkhabar ada juga faedahnya!”

:oops: HOW SURE ARE YOU apa yang anda tidak bersetuju itu kerana apa yang anda lakukan adalah lebih baik dan berfaedah?

sekiranya anda mengalah atau membiarkan saja atau bersetuju dengan pasangan anda akan keempat-empat contoh di atas…bukankah perhubungan anda akan lebih tenang, bahagia dan pastinya kekal lama?

  • Biarlah kalau dia tak nak makan sayur…biarlah kalau dia tak suka makan buah-buahan atau makanan apa sekali pun yang anda suka…
  • Apa salahnya menonton drama? kan menggembirakan dia. Samalah juga, apa faedahnya menonton bola? hanya untuk menggembirakan anda juga kan?
  • 9/10 rezeki adalah datang dari perniagaan. Itu Rasulullah sendiri yang mengajar umatnya. Nak berkerja 9 to 5 juga? Yet it still okay…cuma, tak perlulah tidak bersetuju dengan mereka yang berniaga.
  • Baca suratkhabar memang bagus…tapi kalau pasangan anda suka baca novel, relek aje lah…bukan kah bila anda berpasangan, tugas bersama ialah membahagiakan diri masing-masing?

Maksud sebenarnya, KADANG-KADANG jika pasangan anda berlainan pendapat, tidak melakukan perkara yang sama dengan anda, tidak minat atau tidak suka apa yang anda minat dan apa yang anda suka…TIDAK bermaksud dia bersalah atau dia tidak bagus…setiap orang ada kehendak dan citarasa tersendiri!

Sebagai pasangannya…anda wajib memahami keadaan ini, dan seelok-eloknya anda mengalah dengannya dan bersetuju je…anda tidak rugi apa pun.

Tak perlu sibuk-sibuk nak betulkan dia, nak cakap itu salah ini betul…NOPE! No need babe!



“Life is too short, just enjoy the moment…enjoy the love!”



Tips Cinta Drpd :
Razzi Rahman @ Brother Love




No comments:

Post a Comment